Infused Detox Waters atau Air Detox
Infused
Detox Waters atau disebut Air detox. Infused detox water boleh menguruskan
badan secara sihat tanpa pengambil sebarang produk pengurusan badan. Sangat
berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Bahan utama adalah air yang memang
sepatutnya kita minum air banyak dalam proses pengurusan badan ni dan bahan
lain adalah campuran buah, herba dan bahan yang sesuai untuk digunakan.
Air detox
ni menggalakan kita minum air lebih banyak disebabkan air detox lebih sedap
dengan pelbagai campuran dari air kosong tu kan. Secara tak lansung air ni
boleh menjadi tujuan detox bergantung pada resepi campuran yang digunakan.
Antara 5 jenis buah Air detox untuk tenaga dan cuci
perut.
1) Oren, lemon, dan halia.
Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat,
lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem
imun booster terkenal.
2) Timun, raspberry dan anggur
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin,
Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser
dan pembersihan kompaun.
3) Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan
darah, epal mempunyai mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu
manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.
4) Strawberry and Limau
Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah
sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan
kuku.
5) Nenas and mint
Nanas
merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis,
dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan
enzim pencernaan.
Cara untuk buat air detox :
- Potong bahan bahan mengikut citarasa
- Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
- Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
- Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.
Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air
kosong cuma air detox lebih sedap berperisa
Antara kebaikan air detox ni :
- pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
- yang dibersihkan dan kawal usus
- penurunan berat badan (lemak, bukan air)
- beban toksin berkurangan
- sistem imun diperkukuhkan
- elak sembelit
- kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
- pembersihan sel dan pembinaan semula
- berseri dan kulit sihat
- sakit berkurangan dan alahan
- tahap tenaga meningkat
Beberapa Penerangan Ringkas untuk membuat Air Detox
1) Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan
sakit kepala
Ramai yang
tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox
atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis
insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem
pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.
2) Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan
penghadaman
Infused
water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita
memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar
dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk
menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.
3) Air Detox untuk penghidratan, pencernaan &
kawalan selera makan
Hasil
campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih
lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan
kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau
orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan..
Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat
bertindak.
4) Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan &
pedih ulu hati
sistem
pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat
melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari
berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau
nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus
memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.
5) Air Detox untuk kempiskan perut
Resipi
kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused
water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus
untuk mendapat perut yang menawan.
BUAT DUIT
DENGAN AIR DETOX?
Ya, memang
ada yang menjual air detox ini dengan menggunakan resepi-resepi seperti diatas
dan yang paling Laris adalah air detox untuk KURUS!! Nantikan update
terbaru tentang produk yang menggunakan Air Detox untuk berniaga
No comments:
Post a Comment